Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik. Ianya penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.
Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon.
Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas. Kekurangan
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan: Skurvi Kurang daya tahanan Pendarahan gusi.
Akibat kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan pendarahan pada gusi.
Sumber Vitamin C yang baik adalah : Jambu batu Betik Belimbing Mangga Buah Sitrus (Limau) Sayuran berdaun hijau Keracunan Cirit birit Ganguan gastro usus Pembentukan batu karang (ginjal) Penambahan asid urik
1. Murid Tahun1 Mawar dan 1 Kenanga 2. Murid Tahun 6 Mawar dan 6 Kenanga
Objektif : 1. Pencegahan daripada terkena jangkitan penyakit yang serius 2. Memberi pengimunan kepada murid-murid dan melawan penyakit berjangkit 3. Mengurangkan kadar kematian kanak-kanak akibat jangkitan penyakit berjangkit
Cara pelaksanaan : 1. Suntikan BCG dan titisan Tetanus diberikan kepada murid-murid Tahun 1 2. Semua pelajar Tahun 6 menjalani pemeriksaan diri dan murid perempuan diberikan suntikan Rubella
Pembantu perubatan daripada Klinik Kesihatan Sri Gading tekun menjalankan tugasnya.
Aduh.... sakit!!!!
Cikgu Ali bin Rahmat sedang menyemak nama murid bagi memastikan semua murid hadir di bilik doktor muda dan tiada murid yang tercicir.
Murid-murid tahun satu tabah menunggu giliran untuk disuntik.
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
-Makan Secara Sihat -Lakukan Aktiviti Fizikal -Tidak Merokok -Belajar Menangani Stress
Faedah cara hidup sihat:
• Meningkatkan status kesihatan anda • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar)dan tekanan darah tinggi • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan yang lebih untuk menikmati kehidupan
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.
Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.
Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :
Mengamalkan cara hidup sihat
Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.