Friday, March 26, 2010

VITAMIN C



KEPENTINGAN


Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik.
Ianya penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.

Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon.

Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas.
Kekurangan

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:
Skurvi
Kurang daya tahanan
Pendarahan gusi.


Akibat kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan pendarahan pada gusi.


Sumber Vitamin C yang baik adalah :
Jambu batu
Betik
Belimbing
Mangga
Buah Sitrus (Limau)
Sayuran berdaun hijau
Keracunan
Cirit birit
Ganguan gastro usus
Pembentukan batu karang (ginjal)
Penambahan asid urik

PEMERIKSAAN KESIHATAN, SUNTIKAN BCG DAN POLIO OLEH PUSAT KESIHATAN SRI GADING DI SEKOLAH KEBANGSAAN PINTAS RAYA

Hari : ISNIN

Tarikh : 22 . 2. 2010

Masa : 9.00 a.m – 12.00 pm

Tempat : Bilik Doktor Muda

Sasaran:

1. Murid Tahun1 Mawar dan 1 Kenanga
2. Murid Tahun 6 Mawar dan 6 Kenanga

Objektif :
1. Pencegahan daripada terkena jangkitan penyakit yang serius
2. Memberi pengimunan kepada murid-murid dan melawan penyakit berjangkit
3. Mengurangkan kadar kematian kanak-kanak akibat jangkitan penyakit berjangkit

Cara pelaksanaan :
1. Suntikan BCG dan titisan Tetanus diberikan kepada murid-murid Tahun 1
2. Semua pelajar Tahun 6 menjalani pemeriksaan diri dan murid perempuan diberikan suntikan Rubella



Pembantu perubatan daripada Klinik Kesihatan Sri Gading tekun menjalankan tugasnya.



Aduh.... sakit!!!!



Cikgu Ali bin Rahmat sedang menyemak nama murid bagi memastikan semua murid hadir di bilik doktor muda dan tiada murid yang tercicir.



Murid-murid tahun satu tabah menunggu giliran untuk disuntik.

Wednesday, March 17, 2010

Nyanyian Lagu dan Ikrar Kelab Doktor Muda SK Pintas Raya

TARIKH : 26 JANUARI 2010

OBJEKTIF

1. Menerapkan keyakinan diri dan memupuk sikapbekerjasama sebagai Doktor Muda

2. Menerapkan perasan riang dan sentiasa gembira dikalangan murid Sekolah Kebangsaan Pintas Raya.



Ahli kelab doktor muda sedang menyanyikan lagu doktor muda dan juga lagu senyum seindah suria dengan penuh semangat.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Pintas Raya juga turut sama menyanyikan lagu ‘Senyum Seindah Suria’

Tuesday, March 9, 2010

MEMBERUS GIGI


Latar belakang

Memberus gigi sehingga bersih dan secara berkala adalah langkah utama untuk mengekalkan

kesihatan gigi dan gusi. Kesihatan pergigian yang baik merupakan sebahagian penting

kesihatan seseorang individu yang menyumbangkan kepada kehidupan berkualiti.


Kepentingan


Memberus gigi dengan berkesan dan secara berkala dapat membantu :

membersihkan sisa-sisa makanan dan plak gigi.

mencegah kerosakan gigi ( karies gigi ), penyakit gusi ( penyakit periodontium ) dan

nafas berbau ( halitosis )


Berapa kerap anda perlu menukar berus gigi?


Tukar berus gigi anda :

apabila bulu berus mula kembang atau haus

selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk

selepas 3 bulan penggunaan


Berapa kerap anda perlu memberus gigi?


Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas makan dan sebelum tidur

malam. Beruslah selama 2 hingga 3 minit setiap kali.


Apakah jenis berus gigi yang terbaik?


Pilihlah berus gigi yang memenuhi ciri-ciri berikut:

saiz yang sesuai dengan mulut anda

pemegang yang selesa dan teguh

bulu berus (bristel) yang lembut dan mempunyai hujung yang bulat.


Petua memberus gigi


Berus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi

Jangan berkongsi berus gigi

Gunakan ubat gigi berfluorida

Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan) untuk mengelakkan daripada

jangkitan penyakit melalui bulu berus gigi.

Apakah cara terbaik untuk memberus gigi anda?


Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mempraktikkan teknik memberus gigi yang

berkesan :

Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.

Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke belakang dan

ke hadapan.

Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan beruskan ke dalam dan ke

luar dengan menggunakan hujung berus.

Di celah-celah gigi atau kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus

interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam.

Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke

belakang.




MENGAMAL CARA HIDUP SIHAT

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

-Makan Secara Sihat
-Lakukan Aktiviti Fizikal
-Tidak Merokok
-Belajar Menangani Stress

Faedah cara hidup sihat:

• Meningkatkan status kesihatan anda
• Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar)dan tekanan darah tinggi
• Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
• Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan yang lebih untuk menikmati kehidupan