Friday, March 26, 2010
VITAMIN C
KEPENTINGAN
Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik.
Ianya penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.
Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon.
Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas.
Kekurangan
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:
Skurvi
Kurang daya tahanan
Pendarahan gusi.
Akibat kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan pendarahan pada gusi.
Sumber Vitamin C yang baik adalah :
Jambu batu
Betik
Belimbing
Mangga
Buah Sitrus (Limau)
Sayuran berdaun hijau
Keracunan
Cirit birit
Ganguan gastro usus
Pembentukan batu karang (ginjal)
Penambahan asid urik
PEMERIKSAAN KESIHATAN, SUNTIKAN BCG DAN POLIO OLEH PUSAT KESIHATAN SRI GADING DI SEKOLAH KEBANGSAAN PINTAS RAYA
Tarikh : 22 . 2. 2010
Masa : 9.00 a.m – 12.00 pm
Tempat : Bilik Doktor Muda
Sasaran:
1. Murid Tahun1 Mawar dan 1 Kenanga
2. Murid Tahun 6 Mawar dan 6 Kenanga
Objektif :
1. Pencegahan daripada terkena jangkitan penyakit yang serius
2. Memberi pengimunan kepada murid-murid dan melawan penyakit berjangkit
3. Mengurangkan kadar kematian kanak-kanak akibat jangkitan penyakit berjangkit
Cara pelaksanaan :
1. Suntikan BCG dan titisan Tetanus diberikan kepada murid-murid Tahun 1
2. Semua pelajar Tahun 6 menjalani pemeriksaan diri dan murid perempuan diberikan suntikan Rubella
Pembantu perubatan daripada Klinik Kesihatan Sri Gading tekun menjalankan tugasnya.
Aduh.... sakit!!!!
Cikgu Ali bin Rahmat sedang menyemak nama murid bagi memastikan semua murid hadir di bilik doktor muda dan tiada murid yang tercicir.
Wednesday, March 17, 2010
Nyanyian Lagu dan Ikrar Kelab Doktor Muda SK Pintas Raya
TARIKH : 26 JANUARI 2010
OBJEKTIF
1. Menerapkan keyakinan diri dan memupuk sikapbekerjasama sebagai Doktor Muda
2. Menerapkan perasan riang dan sentiasa gembira dikalangan murid Sekolah Kebangsaan Pintas Raya.
Thursday, March 11, 2010
Tuesday, March 9, 2010
MEMBERUS GIGI
Latar belakang
Memberus gigi sehingga bersih dan secara berkala adalah langkah utama untuk mengekalkan
kesihatan gigi dan gusi. Kesihatan pergigian yang baik merupakan sebahagian penting
kesihatan seseorang individu yang menyumbangkan kepada kehidupan berkualiti.
Kepentingan
Memberus gigi dengan berkesan dan secara berkala dapat membantu :
• membersihkan sisa-sisa makanan dan plak gigi.
• mencegah kerosakan gigi ( karies gigi ), penyakit gusi ( penyakit periodontium ) dan
nafas berbau ( halitosis )
Berapa kerap anda perlu menukar berus gigi?
Tukar berus gigi anda :
• apabila bulu berus mula kembang atau haus
• selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk
• selepas 3 bulan penggunaan
Berapa kerap anda perlu memberus gigi?
Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas makan dan sebelum tidur
malam. Beruslah selama 2 hingga 3 minit setiap kali.
Apakah jenis berus gigi yang terbaik?
Pilihlah berus gigi yang memenuhi ciri-ciri berikut:
• saiz yang sesuai dengan mulut anda
• pemegang yang selesa dan teguh
• bulu berus (bristel) yang lembut dan mempunyai hujung yang bulat.
Petua memberus gigi
• Berus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi
• Jangan berkongsi berus gigi
• Gunakan ubat gigi berfluorida
• Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan) untuk mengelakkan daripada
jangkitan penyakit melalui bulu berus gigi.Apakah cara terbaik untuk memberus gigi anda?
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mempraktikkan teknik memberus gigi yang
berkesan :
• Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.
• Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke belakang dan
ke hadapan.• Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan beruskan ke dalam dan ke
luar dengan menggunakan hujung berus.
• Di celah-celah gigi atau kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus
interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam.
• Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke
MENGAMAL CARA HIDUP SIHAT
-Makan Secara Sihat
-Lakukan Aktiviti Fizikal
-Tidak Merokok
-Belajar Menangani Stress
Faedah cara hidup sihat:
• Meningkatkan status kesihatan anda
• Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar)dan tekanan darah tinggi
• Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
• Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan yang lebih untuk menikmati kehidupan
MAKANAN PILIHAN part2
- Kurangkan kekerapan pengambilan makanan bergoreng
- Pilihlah makanan yang rendah lemak
- Ambil kuih yang berminyak dalam kuantiti yang sedikit
- Buang kulit dan lemak daripada ayam atau daging sebelum makan
- Pilihlah makanan yang rendah kandungan lemak tepu dan kolestrol
Pilih makanan dan minuman yang kurang gula...
- Hadkan pengambilan makanan manis dan bergula
- Kurangkan miuman yang manis da berkarbonat
- Gunakan panel maklumat pemakanan untuk membuat perbandingan jumlah gula didalam sesuatu produk
- Berhati2 dengan pemanis tiruan
MAKANAN PILIHAN part1
- Makan sekurang-kurangnyer 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan
- Makan sekurang-kurangnyer satu jenis buah pada setiap waktu makan
- Pelbagaikan jenis buah dan sayur
- Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur Contoh : nasi kerabu, nasi ulam, puding buah, rojak buah/sayur, pecal)
- Jadikan buah sebagai snek
- Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda
- Makan sarapan berasaskan bijirin pehug seperti oat, jagung dan capati
- Pilih roti, roti pita, bijirin sarapan pagi dan biskut yang berasaskan bijirin penuh
- Cuba gantikan arau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang
- Makan makanan seperti tauhu, tempe dan kacang panggang beberapa kali seminggu
- Makan kekacang atau biji-bijian beberapa kali seminggu Contoh : biji selasih dalam minuman atau kuih yang ditabur bijan
Lagu Doktor Muda
Kamilah Doktor Muda
Memberi khidmat menaburjasa
Bantu rakan semua
Jaga kesihatan hidup bermakna
Mari rakan semua
Berkongsi ilmu menjana minda
Otak cergas kesihatan terjaga
Sejahtera hidup selamanya
Chorus :
Usah buang masa lagi
Bersamalah kita berpadu usaha
Kesihatan diri focus utama
Hubungan mesra hidup ceria
Harga diri terpelihara
Maju bangsa maju Negara
Jangan leka, berubah segera
Cergas kearah jaya
Ulang Chorus
Diri cemerlang hidup sempurna
Majlis Watikah Perlantikan Doktor Muda
Barisan guru penasihat dan Ahli Kelab
Doktor Muda yang telah menerima
pelantikan sebagai Doktor Muda di
Sekolah Kebangsaan Pintas Raya.
Bacaan ikrar Doktor Muda yang diketuai oleh
Pengerusi
Doktor Muda iaitu
Noor
Zaimah Bt Hj Rubaai
Ucapan alu-aluan daripada Sarjan
Mejar Bahari Bin Hashim sebelum
penyampaian watikah pelantikan.
PENGENALAN-DOKTOR MUDA
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.
Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.
FAEDAH PELAKSANAAN DOKTOR MUDA
Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:
- Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
- Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
- Murid belajar menghargai kesihatan.
- Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.
- Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
- Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
- Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
- Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
- Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
- Sekolah bersih
- Sekolah bebas Aedes
- Imej sekolah meningkat
AKTIVITI DOKTOR MUDA
- Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.
- Membimbing ke arah cara hidup sihat.
- Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
- Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
- Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
- Merawat kecederaan ringan.
- Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan
OBJEKTIF
- Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :
- Mengamalkan cara hidup sihat
- Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
- Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
- Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
- Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
- Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.